Kompeni Komandan B Batalion 3 PGA, Deputi Superintenden M. Joeking berkata, pihaknya ternampak satu binaan seakan-akan kubur ketika sedang melakukan pemusnahan kem itu pada 21 Januari 2015.

“Kami sempat melakukan operasi pemusnahan dengan membakar kanvas khemah dan barangan makanan yang ditemukan di kawasan terlibat.

“Sebaik sahaja kubur itu dijumpai, operasi pemusnahan dihentikan serta-merta untuk tindakan susulan,” katanya dalam prosiding RCI di sini hari ini.

Ujarnya, pihaknya telah membuat laporan polis susulan penemuan kubur itu pada keesokan harinya dan siasatan kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Joeking memaklumkan, beliau telah menerima arahan oleh Timbalan Ketua Polis Perlis untuk memusnahkan kem penempatan itu dalam satu mesyuarat pada selepas sehari penemuan kem tersebut.

“Saya tanya beliau apa hendak buat selepas ini san beliau keluar arahan untuk memusnahkan kem.

“Jadi selepas terima arahan itu, saya kemudian memaklumkan kepada pegawai atasan iaitu Pegawai Pemerintah Medan PGA Batalion 3 PGA,” katanya.

Katanya, beliau berpandangan arahan itu dibuat bagi mengelakkan kem tersebut digunakan semula oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk kegiatan lain. - UTUSAN ONLINE