AHMAD SAMSURI MOKHTAR
AHMAD SAMSURI MOKHTAR 

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan perancangan awal seramai dua individu akan dihantar bertugas ke sana secara bergilir-gilir selama dua minggu.

Katanya, pelaksanaan inisiatif itu bukan semata-mata untuk meneruskan pendekatan yang diilhamkan kerajaan terdahulu sebaliknya, bagi memenuhi permintaan dan undangan umat Islam di negara tersebut.

“InsyaAllah kita dalam proses dan kita kira ini sebagai satu sumbangan daripada umat Islam serta kerajaan negeri Terengganu untuk membantu kelompok masyarakat Melayu di luar negara.

“Kita mengambilnya sebagai satu tanggungjawab dan bukan semata-mata kerana orang (pentadbiran) dahulu buat. InsyaAllah kita akan memenuhi undangan dan permintaan sahabat di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Terengganu Kali Ke-50 di sini petang ini.

Yang hadir sama, Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali; Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Yahaya Ali; Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi di samping Ketua Penerangannya, Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah.

Beberapa hari lalu, Ahmad Samsuri menerima kunjungan rombangan Islamic Malaysia Australian Association of New South Wales Inc. yang diketuai Presiden Masjid Darul Imaan, Udin Aodinin di Pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini. - UTUSAN ONLINE