Pegawai Peronda PLUS, Muhammad Hafiqa Hud
Pegawai Peronda PLUS, Muhammad Hafiqa Hud

Tinjauan Utusan Online mendapati kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira 2 kilometer dari plaza tol tersebut berlaku dalam sekitar pukul 4 petang.

Sementara itu, Pegawai Peronda PLUS, Muhammad Hafiqa Hud berkata, pihaknya sudah bersiap-sedia dalam memastikan perjalanan para pengguna berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kemalangan berlaku.

“Bermula seawal enam lagi tadi, pihak peronda PLUS akan melakukan rondaan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan sehingga ke Plaza Tol Sungai Buloh bagi mengawal keadaan trafik.

“Ketika ini, kami akan memastikan bahawa sebarang kemalangan tidak akan berlaku dan jika berlaku, langkah segera akan diambil bagi memastikan lalu lintas berjalan lebih lancar,” katanya ketika ditemui Utusan Online di Plaza Tol Jalan Duta, dekat sini hari ini.

Terdahulu, Pengurus Perniagaan Wilayah Tengah PLUS Malaysia Berhad, Husni Md. Yusuf berkata, kesesakan lalu lintas itu dijangka berlarutan sehingga tujuh malam nanti. - UTUSAN ONLINE