Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, lelaki berusia 35 tahun itu yang sedang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ditahan pukul 7 pagi.

"Ketika ditahan, enam anggota kami yang sedang membuat Op Landai telah memeriksa MPV tersebut yang dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kenderaan pasar borong berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai jenis mercun di dalam kenderaan tersebut. Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE