Berdasarkan jadual, perbicaraan hari ini fokus kepada sidang pendengaran hujah penolakan keputusan pilihan raya Presiden (Pilpres) daripada calon-calon pemohon.

Kompas melaporkan, calon-calon tersebut adalah Prabowo Subianto dan gandingannya, Sandiaga Uno, manakala Komisi Pemilihan Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu) turut terlibat dalam perbicaraan tersebut.

Selain itu, calon Presiden serta Naib Presiden nombor satu iaitu Joko Widodo (Jokowi) dan Ma’ruf Amin juga terlibat. – AGENSI