Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

Jenazah pemain paling senior itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tunggal selepas solat Asar.

Mohd. Suffian dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 1 Ogos lalu kerana mengalami masalah jantung, bagaimanapun dia dibenarkan pulang beberapa hari kemudian selepas keadaannya dilaporkan stabil.

Berita pemergian penjaga gol berpengalaman itu ternyata mengejutkan peminat skuad Penyu ketika berbaki kurang lapan jam sebelum pertemuan dengan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini.

Sementara itu, Pengurus TFC, Ahmad Shahrizal Yahya memohon doa daripada pengikut setia pasukan tersebut di samping seluruh peminat bola sepak tanah air agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. - UTUSAN ONLINE