Lim Tayar
 

Syarikat itu menerusi satu kenyataan hari ini berkata, tawaran itu dijalankan bermula 7 dan 8 Mei ini dari jam 9 pagi hingga 6 petang di semua cawangannya di Semenanjung Malaysia.

“Kami akan melakukan pemeriksaan asas secara teliti kepada beberapa aspek bagi menjamin keselamatan dan kemudahan para pengundi untuk pulang ke kampung halaman.

“Tayar, minyak pelincir, brek dan beberapa aspek asas yang lain akan diperiksa untuk perjalanan yang lebih lancar. Sila hebahkan kepada rakan-rakan dan saudara mara agar mereka tidak perlu risau dengan keadaan kereta untuk pulang mengundi nanti,” katanya. - UTUSAN ONLINE