Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, penutupan bermula dari pukul 10.30 malam hingga 5 pagi itu yang telah bermula sejak semalam itu diaktifkan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan jejantas bagi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash).

"Pengguna dinasihatkan memandu secara berhemah dan berhati-hati ketika melalui kawasan pembinaan.

"Sila patuhi arahan lalu lintas dan gunakan laluan alternatif untuk perjalanan yang lancar dan selamat," katanya. - UTUSAN ONLINE