Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mulvec: Penyertaan Polisas terbanyak

KUALA LUMPUR 16 Mei – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, Pahang merupakan institut pengajian tinggi yang menghantar penyertaan terbanyak untuk Pertandingan Video Multimedia (Mulvec) Siri 1 yang berakhir Februari lalu.

Pegawai Multimedia dan Sumber Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia Polisas, Mohd. Hafizi Faiz Zulkefli berkata, bidang multimedia tidak mempunyai kursus khas di Polisas cuma terdapat satu subjek multimedia yang boleh diambil oleh pelajar di situ.

“Walaupun kebanyakannya adalah pelajar kejuruteraan pe­ringkat diploma, mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang video dan multimedia yang menyebabkan ramai mahu menyertai Mulvec.

“Kami di unit multimedia turut membantu pelajar yang berminat menyertai Mulvec untuk turut sama memberikan bantuan dari segi idea dan bimbingan agar mereka dapat menghasilkan vi­deo terbaik dalam pertandingan ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Sebanyak 16 pasukan dari Polisas telah menghantar video pe­­nyertaan kepada Mulvec dan seramai kumpulan berjaya berada di kelompok 13 peserta terbaik.

Mulvec merupakan pertan­dingan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Utusan Online yang dibahagikan kepada tiga siri bermula 1 Disember lalu untuk Siri 1 manakala Siri 2 sedang berlangsung sehingga 31 Mei ini seterusnya Siri 3 bermula 1 Jun sehingga 15 Ogos nanti.

Pemenang pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000; kedua RM5,000; ketiga RM3,000 dan 10 hadiah saguhati RM1,000 setiap peserta.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Mulvec Siri 1 akan diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya, esok.

Mohd. Hafizi Faiz berkata, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar membuatkan unit multimedia serta para pensyarah menyokong penuh penyertaan mereka serta turut membantu menyelaraskan penghantaran penyertaan pelajar melalui borang yang disediakan.

Menurutnya, walaupun kurang pendedahan secara langsung tentang dunia kreatif digital, Mulvec menyediakan peluang untuk pensyarah memberi pendedahan secara teknikal kepada pelajar memandangkan tiada kursus khusus multimedia di Polisas.

“Cara ini dapat membantu pelajar lebih memahami perkara teknikal serta dapat mengenal pasti minat pelajar yang ternyata mempunyai kecenderungan dan menjiwai bidang seni kreatif. Kami sebagai pensyarah hanya membantu apa yang termampu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain