KUALA LUMPUR 17 Julai - Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula beroperasi sejak pukul 4 petang tadi sesak dengan orang ramai yang ingin menikmati sendiri kemudahan pengangkutan awam itu secara percuma.
Tinjaun UTUSAN ONLINE mendapati, kebanyakkan mereka yang menaiki MRT itu antaranya pelancong asing dan golongan belia yang ingin melihat sendiri kemudahan pengangkutan awam itu yang dianggap paling terbaik setakat ini.
Malah terdapat juga di antara mereka mengambil gambar di hiasan laluan bawah tanah jajaran MRT sebagai tanda kenang-kenangan.
Laluan MRT SBK sepanjang 51 km dengan 31 stesen itu bakal memberi manfaat kepada 1.2 juta rakyat Malaysia selain pelancong yang berkunjung ke ibu negara. - UTUSAN ONLINE