"Sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet, Perdana Menteri mahu saya memegang portfolio Kementerian Tenaga berbanding Kementerian Kewangan.

"Bagaimanapun saya mengambil keputusan untuk tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet," katanya dalam hantar Twitter di sini semalam.

Ekoran itu kerajaan menamakan bekas pegawai Bank Dunia, Abdul Hafeez Shah, supaya bertindak sebagai penasihat kewangan negara itu.

Abdul Hafeez sebelum ini pernah menjadi Menteri Kewangan negara itu pada 2010 hingga 2013. -AFP