Ia berikutan kenyataan beberapa pihak yang tular dalam laman sosial selepas replika patung askar Jepun kelihatan di perkarangan Wisma MDK.

MDK dalam satu kenyataan menjelaskan patung berkenaan adalah gimik era zaman sebelum kemerdekaan iaitu sewaktu penguasaan tentera Jepun.

"Sehubungan itu, replika tersebut ada penceritaannya tersendiri. Kebetulan pihak tertentu menggunakan gambar berkenaan yang belum siap sepenuhnya lalu dijadikan isu sensitif kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada penduduk daerah Kerian.

"Ia dilakukan tanpa mengetahui asal usul penceritaan tersebut dan ditularkan dalam laman sosial," kata kenyataan itu yang dipaparkan dalam laman Facebook Majlis Daerah Kerian.

Sehubungan itu, MDK meminta kerjasama pihak berkenaan supaya menghentikan penularan dakwaan berkaitan replika tentera Jepun itu yang disifatkan sebagai tidak tepat. - UTUSAN ONLINE