Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia kutuk Korea Utara lancar peluru berpandu

KUALA LUMPUR 17 Mei – Malaysia mengutuk tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu jarak sederhana pada 14 Mei lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Malaysia berasa gusar atas tindakan Korea Utara yang secara jelas mencabuli resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang ujian nuklear dan peluru berpandu serta melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab antarabangsa berdasarkan resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.

“Pelancaran peluru berpandu itu hanya akan meningkatkan ketegangan serantau dan menghalang usaha untuk mewujudkan keamanan berkekalan di Semenanjung Korea serta dunia,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain