Majlis itu telah berjaya memeterai permuafakatan antara dua jurai iaitu talian adat dan talian pesaka dalam Luak Jelebu bagi melantik penyandang pesaka Undang Luak Jelebu yang baharu.

Permuafakatan itu diadakan bersama Dato' Ombi Pangkal Maharajalela, Kadin Kidam dan Dato' Mengiang Merah Bangsa, Norazman Ahmad.

Yang turut menyaksikan majlis ringkas itu ialah Dato' Nika Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari, Ibrahim Harun dan Dato' Senara Angsa, Rosli Mohd Zain.

Majlis itu berjalan dalam suasana penuh harmoni dan semangat setiakawan serta mengikut lunas-lunas adat yang sebenarnya.

Satu pengumuman rasmi Undang Jelebu akan diadakan esok oleh Ketua Adat Luak Jelebu, Dato' Nika Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari. - UTUSAN ONLINE