Kursus selama tiga hari bermula hari ini disertai seramai 59 pegawai dan anggota termasuk lima peserta wanita daripada BSPT IPD Ipoh.

Konvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi sejauh 375 kilometer sehingga Tanjung Bungah, Pulau Pinang itu diketuai Ketua BSPT IPD Ipoh, Deputi Superintenden Roslan Mohamed @ Ab. Aziz.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kursus tersebut diadakan bertujuan memberi bimbingan agar anggota yang menjalankan tugas mengiring dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

Katanya, sebagai pihak yang dipertanggungjawab dalam aspek mengiringi kenamaan dan memastikan kelancaran serta keselamatan pergerakan mereka, setiap anggota perlu melakukan tugas dengan berilmu dan berkeyakinan.

“Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita melatih anggota-anggota baharu mahupun mereka yang lama serta berpengalaman untuk terus diberi pendedahan dan dalam masa sama meningkatkan keyakinan semasa menjalankan tugas.

“Menerusi kursus ini juga, ia dapat melahirkan anggota polis trafik yang efisyen dan tahan lasak semasa menjalankan tugas mengiring tanpa mengira masa mahupun keadaan cuaca,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE