Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, beliau masih belum mempunyai maklumat tambahan berkenaan keputusan yang dibuat itu.

“Saya mohon maaf, saya tiada maklumat tambahan kerana lepas mesyuarat Kabinet Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik terus pergi ke Sarawak.

“Benar apa yang dikatakan Menteri itu, tetapi saya belum ada kenyataan tambahan untuk isu itu. Di peringkat kementerian belum mula perbincangan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan dan Pembelajaran di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE