Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pihak yang cuba mempergunakan Zakir dilihat bermain dengan sentimen agama dan penceramah tersebut perlu mengelakkan diri daripada dimanipulasi orang lain.

“Kita ambil pendekatan mahu menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada beliau. Jika kita berfikir tentang kepentingannya (Zakir), kita tidak akan mempergunakan beliau untuk meraih mata politik.

“Mereka yang cuba mempergunakan beliau bermain dengan sentimen agama,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today di sini hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan yang status penduduk tetap (PR) Zakir boleh ditarik balik sekiranya perbuatannya terbukti menjejaskan kesejahteraan negara.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan akan menunggu penyiasatan polis terhadap dakwaan kenyataan sensitif oleh pendakwah itu terhadap kaum Cina dan India di Malaysia. - UTUSAN ONLINE