Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ketua jabatan jangan terlalu rigid

Ketepi birokrasi agar proses kerja lebih mudah

ARAU 17 Mei - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalul­lail sukacita perancangan kerajaan negeri memajukan Perlis seiring dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang akan meletakkan Perlis setanding ne­geri-negeri lain.

Baginda bertitah, projek se­perti pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), pembangunan bandar Kangar dan pembangunan bercampur Kuala Perlis merupakan inisiatif berimpak tinggi yang diharapkan.

“Beta juga dapat melihat sasaran menubuhkan Zon Ekonomi Bebas Khas Padang Besar mampu menarik ramai pelabur dan pengunjung ke Perlis yang pasti menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan limpahan kepada rakyat,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah pada sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-74 di Balai Rong Seri Istana Arau di sini hari ini.

Baginda kemudian berkenan menganugerahkan darjah dan pingat kebesaran negeri kepada 40 orang penerima.

Raja Perempuan Perlis, Tuan­ku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Hajjah Tuan­ku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Hamdan Bahari, ahli-ahli Exco serta pembesar-pembesar ne­geri.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, pembangunan dan kemajuan negeri tidak mungkin dicapai tanpa pentadbiran yang berintegriti dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Ketua-ketua jabatan ja­ngan terlalu rigid dan hendaklah menggunakan pendekatan budi bicara, akal serta mengenepikan birokrasi supaya proses kerja menjadi lebih mudah dan cepat,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan rakyat supaya berwaspada dan bersatu hati terhadap anasir-anasir yang mencabar perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mewujudkan sentimen hasutan dan fitnah.

“Perbezaan fahaman politik atau agama janganlah sampai memecah-belahkan perpaduan masyarakat,” titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang banyak membantu pembangunan negeri.

Kejayaan anak Perlis, Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang me­rangkul pingat emas dalam Sukan Paralimpik Rio turut mendapat titah syabas baginda.– BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain