Dalam kenyataan yang dikirimkan, Prolintas memaklumkan punca sebenar kejadian sedang disiasat.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, bomba dan Jabagan Pertahanan Awam yang telah membantu menyelamatkan mangsa di tempat kejadian," menurut Prolintas dalam kenyataan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang di Persiaran Aoam Damai, Cheras itu, tiga pekerja buruh binaan cedera selepas tersepit pada jeriji besi yang terjatuh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kita-kira pukul 3.38 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Hang Tuah dan BBP Bandar Tun RazaK dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk menerima rawatan dan tiada orang awam yang terlibat atau tercedera di dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Prolintas menerusi kenyataan sama turut menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi

peraturan di sekitar tapak pembinaan.

"Prolintas memberi jaminan akan memastikan aspek keselamatan sentiasa dipatuhi di semua kawasan pembinaan," menurut kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE