Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, jenazah Allahyarham diterbangkan ke Kaherah dengan menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines pada pukul 7.30 malam semalam sebelum dibawa ke Gaza menggunakan jalan darat.

"Perjalanan dari Kaherah, Mesir ke Rafah, Palestin mengambil masa kira-kira lima jam dengan menggunakan jalan darat," katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Turut serta dalam penerbangan itu ialah isterinya, Enas Al Batsh, 31 termasuk dua anak perempuan, Doaa, 6, Aseel, 4 dan seorang anak lelaki, Mohamad yang berusia setahun. - UTUSAN ONLINE