Kegembiraan jelas terpencar pada wajah Nur Farhana Ahmad Nadzramin, 20, yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan apabila menimang seorang bayi lelaki pada pukul 8.13 pagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Dia dan suami, Muhammad Waqas Khan, 25, berkahwin pada 11 Mac 2018 dan bayi ini adalah anugerah yang terindah dalam hidupnya dan amat dinanti-nantikan.

"Saya sangat 'happy' dengan keluarga kecil saya ini," tulisnya dalam sehelai kertas kepada wartawan ketika ditemubual di HSA, hari ini. - UTUSAN ONLINE