Menterinya, Datuk Moha­mad­din Ketapi berkata, pihak­nya mendapati batik dijual de­ngan harga yang terlalu mahal sehingga tidak mampu untuk dimiliki.

Kata beliau, langkah itu juga untuk memastikan seni warisan budaya itu dimiliki dan menjadi kebangaan semua.

“Kita tidak mahu harga batik terlalu mahal kerana jika harga batik mahal, tidak semua orang mampu membelinya. Jadi, kita dalam usaha untuk mengkaji bagi meletakkan harga batik yang berpatutan dan mampu milik,” katanya selepas Sesi Libat Urus Bersama Usahawan Kraf Kelantan di Pejabat Kraftangan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pe­ngarah Kraftangan, Ibrahim Ismail.

Sementara itu, Mohamaddin berkata, semua kakitangan swasta digalakkan memakai baju batik sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam usaha menaikkan industri tekstil wa­risan negara itu.

“Dari dulu lagi pemakaian baju batik ini memang telah diwajibkan untuk kakita­ngan awam setiap hari Khamis. Jadi sekarang, kita mahu penguatkuasaan semula termasuk menggalakkan sektor swasta turut serta.

“Setakat ini, sudah ada sektor swasta yang bersetuju de­ngan pemakaian batik ini se­perti ka­kitangan hotel,” katanya.