MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Walaupun mengakui pelaksanaan itu mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan namun Ahli Parlimen Kuala Nerus itu turut menyenaraikan beberapa keburukan perkhidmatan tersebut.

Katanya, sekiranya Gojek dilaksanakan dikhuatiri akan berlakunya pergaulan yang tidak mematuhi syariah di antara penunggang dan pembonceng apabila melibatkan jantina berlainan.

“Meningkatkan kadar kemalangan maut melibatkan motosikal.

“Menyebabkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam tidak diberi perhatian lebih baik,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, pelaksanaan Gojek juga akan menambahkan pencemaran udara selain mendedahkan kepada berlakunya insiden gangguan seksual sama ada kepada penunggang atau pembonceng.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof baru-baru ini memaklumkan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan projek Gojek tetapi Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan perlu berbincang terlebih dahulu dalam sudut undang-undang. -UTUSAN ONLINE