Gambar hasil sentuhan jurugambar, Abdullah Dean Mohd. Zain itu merupakan antara 10 gambar terbaik lain yang dirakam jurugambar dari serata dunia.

Abdullah Dean yang juga dikenali sebagai Dallah Dean berkata, beliau berterima kasih kepada Muhammad Syukur yang dianggapnya daya penarik sehingga gambarnya terpilih menyertai pertandingan kali ini.

Beliau seterusnya berharap supaya penyertaannya kali ini mendatangkan hasil selepas gambar Muhammad Syukur dengan kerbau pernah empat kali layak ke pusingan akhir CAPA 2016 dan 2017 namun tewas.

"Sudah empat kali gambar Syukur masuk pertandingan akhir CAPA pada 2016 dan 2017 tapi tak menang. Tahun ini gambar dia terpilih lagi dan kalau bukan kerana aura serta karakter Syukur, gambar saya tak mungkin terpilih kali ini," katanya di sini hari ini.

Muhammad Syukur yang terkenal dengan jolokan Syukur Kampung Boy sebelum ini mencuri tumpuan ramai apabila gambar yang merakamkan aksi mesra dan manjanya dengan kerbau-kerbau peliharaan bapanya tular dalam laman sosial. - UTUSAN ONLINE