Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM5.3 juta.

“Pembayaran akan dibuat hari ini, Insya-Allah,” katanya dalam sidang akhhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

BKK sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 telah diumumkan oleh Aminuddin semasa membentangkan Belanjawan 2019 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 17 Disember tahun lalu.

Bantuan itu dibayar dua peringkat iaitu pada minggu pertama Januari lalu dan bakinya pada hari ini. - UTUSAN ONLINE