Bagaimanapun, cuaca mendung dan hujan diramalkan berlaku di kesemua 31 kawasan Parlimen di Sarawak pada sebelah pagi manakala keadaan sama turut diramalkan di beberapa tempat di Sabah dan Perak.

Jabatan Meteorologi dalam ramalan cuacanya sempena hari penamaan calon PRU14 meramalkan hujan berlaku di 13 kawasan Parlimen Sarawak iaitu Sri Aman, Tanjong Manis, Hulu Rajang, Sibuti, Baram, Lawas, Lubok Antu, Igan, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Jabatan itu meramalkan 18 kawasan Parlimen di Sarawak pula mengalami cuaca mendung pada awal pagi melibatkan Mas Gading, Petrajaya, Stampin, Mambong, Batang Sadong, Betong, Sarikei, Kanowit, Sibu, Selangau, Santubong, Bandar Kuching, Kota Samarahan, Serian, Batang Lupar, Saratok, Julau dan Lanang.

Di Perak, jabatan itu meramalkan cuaca mendung dan hujan pada sebelah pagi di Parlimen Larut, Bagan Serai, Taiping, Kampar, Lumut, Teluk Intan dan Parit Buntar.

Di Sabah pula, cuaca mendung dan hujan diramalkan berlaku di kawasan Parlimen Beaufort, Kinabatangan, Semporna, Kalabakan, Sipitang, Pensiangan, Sandakan, Silam dan Tawau.

Jabatan Meteorologi dalam ramalannya melaporkan tiada hujan di negeri-negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Kedah. - BERNAMA