Che' Puan Khaleeda dikur­nia­kan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI) oleh Sultan Ibrahim di Dewan Singgahsana Istana Besar, di sini hari ini.

Berangkat sama ke majlis istiadat itu ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Suami kepada Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Dennis Muhammad Abdullah dikurnia Darjah Paduka Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Datuk.

Lima individu turut menerima gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ).

Mereka adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Md. Rofiki A. Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Mohd. Noorazam Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd. Noh Ibrahim.

Turut menerima pingat itu adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Dr. Badrul Hisham Kassim dan Setiausaha Sulit Kepada Sultan Johor, Jaba Mohd. Noah.

Sementara itu, 30 individu menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ), antara penerimanya termasuk Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahudeen Abd. Aziz.

Sultan Ibrahim turut berke­nan mengurniakan 19 Pingat Kerana Lama dan Baik Dalam Pekerjaan (PLP), 115 Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Ke­dua (PSI II) dan 15 Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Ketiga (PS III).