Memilih nasi lemak kukus pandan, rendang terung dan mi sanggul goreng sebagai menu utama hari ini, warga tempatan berpusu-pusu hadir dan mencuba masakan yang mencerminkan cita rasa asli rakyat Malaysia.

Walaupun masakan pedas agak janggal bagi tekak rakyat Bosnia, kesemua pengunjung yang ditemui berpuas hati dan memuji masakan tersebut.

Cef Liza ketika ditemui berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan terutamanya apabila beberapa pemimpin Malaysia dan tempatan hadir mencuba masakan.

"Beratus juga yang datang mencuba masakan. Walaupun mereka kurang makan pedas tapi menu seperti rendang terung dan nasi lemak sangat digemari.

"Kami sesuaikan masakan dengan citarasa tempatan. Contohnya, kami guna tomato temoatan yang sangat segar untuk kurangkan kepedasan masakan," katanya. - UTUSAN ONLINE