SALLEH MOHAMAD
SALLEH MOHAMAD

Allahyarham semasa perkhidmatannya begitu dekat dengan masyarakat setempat yang diwakilinya, dan amat disenangi dengan sikap dan wataknya yang amat sederhana.

Menurut anaknya, Rozita Salleh, 42, ayahnya dimasukkan ke hospital itu tiga hari lalu kerana demam setelah dipindahkan dari hospital Setiu.

"Ayah meninggal kira-kira pukul 6.41 petang tadi. Bersama arwah ketika itu ialah empat anak dan beberapa cucunya," katanya.

Allahyarham menjadi ADUN Langkap selama tiga penggal bermula 1974 hingga 1986.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. - UTUSAN ONLINE