Bantahan secara aman yang diadakan di hadapan bangunan Pejabat Daerah Jempol di sini bermula selepas solat Jumaat.

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Sharif; Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir dan beberapa wakil Pas Jempol.

Susulan itu, laporan polis juga dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol supaya tindakan diambil terhadap pemilik akaun Facebook terbabit yang bersikap biadab dan cuba mencetuskan suasana tidak harmoni di negara ini. - UTUSAN ONLINE