Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim menjelaskan, gambar tersebut adalah gambar lama yang telah ditularkan semula hari ini, oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2016 berpunca daripada kesilapan teknikal. Bagaimanapun, ia telah pun diselesaikan dan telah diperbetulkan segera ketika itu.

“Saya memberi amaran kepada sesiapa yang menaikkan semula isu tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga undang-undang lain berkaitan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis sedang mengesan pihak yang menularkan semula gambar tersebut dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang.

Terdahulu, penyebaran gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik dipercayai dirakam di bangunan IPD Seremban, tular dalam media sosial sejak semalam. - BERNAMA