Suspek yang berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan di Londonderry mengikut undang-undang anti-keganasan dan dilaporkan telah dibawa ke Belfast untuk disoal siasat.

Dalam kejadian itu, wartawan, Lyra McKee ditembak di kepala oleh penyerang dipercayai ada kaitan dengan gerakan separa tentera (IRA) yang bertempur dengan polis di Creggan.

Sebelum dibunuh, McKee, 29, sempat memuat naikkan imej rusuhan di Derry yang menunjukkan keadaan huru-hara di bandar tersebut. -AFP