Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, mangsa Sarulai [email protected], 83, ditemukan di satu daripada rumah berkenaan yang telah musnah terbakar.

“Pusat operasi menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 2.53 petang sebelum sepasukan 20 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran kemudiannya berjaya dikawal kira-kira pukul 4.33 petang,” katanya.

Tambah kenyataan itu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan oleh Bahagian Forensik Bomba.- BERNAMA