Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan ada pukul 1.54 petang sebelum 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan yang tiba di lokasi pada pukul 2.01 petang kemudian menjalankan operasi memadam kebakaran melibatkan dua unit rumah kedai di aras tiga.

“Rumah kedai terbabit musnah 90 peratus dan ketika operasi, pihak bomba turut menyelamatkan seorang wanita berusia 38 tahun yang mengalami sesak nafas. Mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.14 petang dan bahagian penyiasatan kebakaran juga telah ke lokasi untuk menjalankan siasatan,” katanya. - UTUSAN ONLINE