Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, wanita berumur 22 tahun ini mengalami kecederaan pada bahagian badan, kaki serta tangan kanan, dan sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.


“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi itu dipandu seorang wanita dari arah Petagas menuju ke pusat bandar.

“Kes sedang disiasat disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Susulan kejadian, satu video berdurasi 43 saat yang dirakam daripada ‘dashcam’ kamera kenderaan lain yang berada di lokasi yang memaparkan kejadian itu, menjadi tular dalam kalangan pengguna aplikasi Whatsapp sekitar sini. - BERNAMA