Mangsa berusia 24 tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan setelah terbabit dalam kemalangan semasa menunggang motosikal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.24 petang.

Katanya, semasa pihaknya sampai di lokasi tersebut telah menerima maklumat seorang wanita terlibat dalam kemalangan dan mangsa yang dipercayai menunggang motosikal telah terjatuh ke dalam sungai.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa segera dijalankan dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan. Setakat ini mangsa masih belum dijumpai,” katanya. - UTUSAN ONLINE