Kebakaran kira-kira pukul 4.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebakaran longgokan plastik seluas 150x250 meter persegi di dalam bangunan tersebut.

Walau bagaimanapun dalam kejadian itu, tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba Mohd. Ridzuan Nut Jamudin berkata, operasi pemadaman kebakaran itu bermula sebaik sahaja anggotanya tiba di situ kira-kira tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Kata beliau, lebih 20 orang anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) telah terlibat dalam operasi berkenaan.

“Kita menerima bantuan daripada anggota PBS Sungai Petani, PBS Sungai Puyu, PBS Padang Lembu dan PBS Bakar Arang,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, keadaan api sukar dikawal dan mengambil masa yang agak lama kerana melibatkan kebakaran bahan plastik.

“Punca api bermula dan kerugian sebenar masih dalam siasatan. Berikutan kejadian itu, semua produk yang telah disiap diproses dan bahan mentah di kilang tersebut musnah,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE