Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.34 pagi.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah van terbabas dengan anggaran mangsa terlibat seramai 14 orang dan kesemuanya warga asing.

“Tiga daripada mangsa tersebut tersepit dan operasi penyelamatan sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE