Kesemua mangsa lelaki dipercayai dikenali sebagai Chung Sau Sah, 39, Chong Soo San, 47, dan Chong Yee Sa, 16.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan (MERS999) pada pukul 6.18 pagi.

Menurut kenyataan itu, dua jentera dengan kekuatan 11 anggota dan pegawai respons ke lokasi kejadian.

“Pihak ambulans mengesahkan tiga mangsa yang menaiki kereta Toyota Vios meninggal dunia manakala pemandu Toyota Vigo tidak mengalami kecederaan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pasukan bomba menamatkan operasi pada pukul 7.35 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis. - BERNAMA