KEADAAN rumah yang dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Tasik Permai, Ampang, Selangor hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.32 petang sebelum mengejarkan sebanyak 14 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan Pandan Indah ke lokasi kejadian


“Ketika tiba, ada beberapa pokok tumbang dan menghempap dua buah rumah di kawasan berkenaan, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


“Selain itu, ada pokok tumbang menghalang jalan raya di kawasan terbabit yang turut mengenai bangunan Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Tambahnya, anggota bomba kemudian memotong dan mengalihkan pokok berkenaan. - UTUSAN ONLINE