Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu disedari ibu mangsa, Zainab Mohd., 40, yang terdengar bunyi letupan diringi jeritan dari luar rumah.

Tidak lama selepas itu muncul sepupunya lantas memberitahu bahawa anaknya yang berusia 13 tahun cedera parah akibat bermain mercun.

Ibu mangsa kemudian bergegas keluar rumah sebelum mendapati anaknya itu mengalami kecederaan parah dengan kesemua jari tangan kanannya putus dan berkecai.

Tanpa berlengah, ibu mangsa terus membawa anaknya itu ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu. - UTUSAN ONLINE