Pengarah ZM Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, mayat Muhammad Luqman Mat Nor, 21, ditemukan pasukan yang melakukan oeprasi mencari dan menyelamat (SAR) berhampiran Jeti Awam Mersing.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. Pencarian sebelum ini dilakukan di sekitar sungai dan muara Mersing sehingga 5 batu nautika ke laut. 14 aset bot kilat digerakkan ke lokasi kejadian.

“SAR turut dibantu aset polis marin, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), syarikat feri blue water dan komuniti maritim dengan kekuatan seramai 47 orang dan empat buat bot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE