Memetik laporan Utusan Borneo, dalam kejadian kira-kira pukul 4.52 pagi itu, sepasukan bomba dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian. 

Ketua BBP Bintulu, Mohamad Meramit berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati api sedang marak memusnahkan  rumah jenis tidak kekal itu.

“Kita menggunakan satu aliran nozel bagi memadamkan kebakaran yang berlaku.

“Operasi mengambil masa hampir satu jam untuk memadam kebakaran dan api terkawal sepenuhnya pada pukul 5.22 pagi,” laporan Utusan Borneo hari ini.

Mohamad berkata, bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kerana kesemua  mangsa berjaya lari menyelamatkan diri. 

Jelasnya, kesemua mangsa yang terdiri dari tujuh warga Indonesia dan lima warga tempatan kini menetap sementara di rumah sanak saudara berdekatan sementara menunggu bantuan tiba. 

"Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuni bagaimanapun  belum lagi belum diketahui kerana masih lagi dalam siasatan," katanya.- UTUSAN ONLINE