Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6.30 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Rawang dan Hartamas dengan kekuatan 23 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, rumah teres berkeluasan 260 meter persegi itu telah musnah terbakar dan pasukan bomba terus menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Kejadian ini tidak melibatkan mangsa kerana penghuni rumah tersebut telah berjaya menyelamatkan diri sebelum kehadiran pihak bomba,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE