Dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, mangsa Mohd. Afiq Irfan Rosli, 21, yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami.

Pemandu Mitsubishi L200, Mohd. Azizi Che Mamat, 32, yang bekerja sebagai peniaga kedai runcit pula luka di dahi dan lengan sebelah kiri serta dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca apabila Perodua Kelisa dari arah Beserah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Mitsubishi L200.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut diteruskan dan saksi kejadian diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE