Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika lori treler yang mengangkut jentolak itu dalam perjalanan dari arah Segamat menghala Felda Palong 3.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, jentolak yang berada di atas lori treler tersangkut pada bumbung pintu gerbang.

Pintu gerbang roboh tersangkut jentolak
PINTU gerbang yang roboh selepas tersangkut pada sebuah jentolak di Felda Palong 3 di Jempol hari ini. - UTUSAN ONLINE/Gambar media sosial

“Pintu gerbang itu roboh lalu menghempap treler dan jentolak berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki yang memandu treler itu tidak mengalami kecederaan. Kejadian turut tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, kejadian disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah- Kaedah Lalu Lintas 1959. - UTUSAN ONLINE