Noradawiah Salihudin, 26, dan ibunya, Rahemah Daud, 61, yang merupakan penumpang hadapan dan belakang kereta Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah ini, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, dalam kemalangan itu, pemandu kereta berkenaan, Samsul Fajeri Sudarman, 23, hanya cedera di muka dan kepala manakala seorang lagi penumpang belakang kenderaan itu, Rohani Daud, 54, patah kaki kiri.

Beliau memberitahu, kejadian berlaku sewaktu kereta dan lori berkenaan dari arah yang sama dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Jelasnya, setiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi tersebut dipercayai gagal memotong lalu melanggar sebelah kanan belakang lori jenis Nissan CV45 terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, Noradawiah dan ibunya, Rahemah yang menaiki kereta berkenaan mengalami kecederaan parah dan dua beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Noradawiah dan Rahemah tinggal di Taman Perumahan PDRM Kota Jaya 81900 Kota Tinggi, Johor manakala pemandu kereta itu, Samsul Fajeri Sudarman beralamat Batu 8 Jalan Gambang 25150 Kuantan, Pahang.

Rohani pula yang merupakan adik Rahemah tinggal di alamat Lorong 3 Tanjung Api 25050 Kuantan, Pahang.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan bedah siasat. - UTUSAN ONLINE