Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Rashide Zainol yang berusia lingkungan 30-an disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135LC telah melanggar belakang kereta Proton Savvy yang diletakkan di lorong kecemasan.

"Ketika itu, mangsa datang dari arah ibu negara dan tidak sempat mengelak kenderaan milik seorang wanita berusia awal 20-an itu.

"Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE