Mohamad Noriman Bastaman, 17; Daing Muhammad Afeeq Mohd. Ateeq-ur Rahman, 16, dan Mohammad Syafawi Zayadi, 17, maut selepas kenderaan dipandu guru mereka, Widyawati Simarani, 46, terlibat dalam kemalangan.

Guru Kaunseling sekolah berkenaan, Siti Nazira Kasmen, 46, berkata, kehilangan mereka amat dirasai oleh seluruh warga sekolah.

“Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar yang ringan tulang dan sentiasa melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di sekolah ini.

“Mohammad Syafawi dan Mohamad Noriman terlibat aktif sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) manakala Daing Muhammad Afeeq merupakan seorang pengawas, mereka merupakan pelajar contoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai solat jenazah yang diadakan di Surau Al-Hakim, SMK Lokman Hakim, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 6.31 petang semalam, ketiga-tiga pelajar tersebut di tempat kejadian manakala Widyawati patah kaki selepas kereta Proton Wira dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta Perodua MyVi di laluan Kota Tinggi-Bandar Penawar.

Tambah Siti Nazira, pemergian mereka merupakan kehilangan besar buat sekolah dan pihaknya mendoakan kesemua mereka ditempatkan ke dalam syurga.