Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Abdullah Sani Said mengalami pendarahan di dalam kepala.

Timbalan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT), Kuala Lumpur, Superintenden Sarifudin Mohd Salleh
 berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berpunca selepas mangsa yang datang dari arah Mont Kiara bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah segambut di sini.

Ujarnya, motosikal yang ditungang lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya dikatakan mengelak sebuah kenderaan lain yang keluar dari persimpangan Persiaran Prima Pelangi di sini.

“Akibat kemalangan itu, Abdullah Sani mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala penunggang motosikal dan pemandu kenderaan itu tidak dapat dikesan kerana mereka tidak berhenti selepas kejadian.

“Sehubungan itu, pihak kita kini sedang mengesan pemilik motosikal bernombor pendaftaran WC 5712 F,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Tambah Sarifudin, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE